Perniagaan Online vs Perniagaan Offline
Sejak kebelakangan ni saya perhatikan ramai yang mula menceburui perniagaan online. Termasuklah saya. Kira newbie la ni. Hehe. Kenapa perniagaan online? Mengapa pula tidak perniagaan offline? Sebenarnya kedua-dua medium perniagaan tersebut ada pro dan contra-nya. Sebagai contoh, perniagaan online kebanyakkannya mempunyai ciri-ciri berikut :
1. Modal permulaan yang rendah
modal permulaan biasaannya dilaburkan pada domain name, hosting dan produk.
2. Maintanance yang rendah
tidak perlu bayar sewa bulanan kedai yang belum tentu kita dapat buat sales utk bulan tersebut.
3. Mudah untuk mendapat pendapat pasif
pendapat pasif atau residual income mudah untuk diperolehi dari perniagaan online. Jika kena cara marketing-nya, produk anda akan terjual setiap masa walaupun anda sedang tidur.
4. Worldwide
prospek anda bukan sahaja di dalam Msia atau di lembah klang. Tapi di seluruh dunia! Tak perlu ambil masa yang lama untuk orang mengenali perniagaan/syarikat anda. (jika betul teknik SEO dan marketing tak sampai 6bln anda dah dapat untung)
Dan perniagaan offline pula :
1. Modal permulaan yang tinggi
sewa kedai, peralatan pejabat, ruang jualan perlu disediakan.
2. Maintenance tinggi
Anda tetap perlu membayar sewa bulanan walaupun perniagaan anda belum mendapat untung.
3. Boleh mendapat pendapatan pasif
perniagaan offline juga boleh untuk mendapat perniagaan pasif. Tetapi selalunya ambil masa yang agak lama untuk anda betul-betul stabilkan perniagaan anda.
4. Perniagaan anda terbatas
di mana ada cawangan, di situ sahajalah perniagaan anda. Sebagai contoh, jika anda membuka perniagaan di Muar, Johor, perniagaan anda hanya berada di Muar sahaja. Atau paling hebat, hanya seluruh Malaysia yang tahu tentang syarikat anda. Itupun setelah bertahun berusaha.
Selain itu, dengan perniagaan online juga kita dapat jimat duit petrol, mkn dan duit entertain prospek. Perasan tak? Hehe. Sebab apa? Ini kerana, bermula dari proses open mind, marketing, promosi dan sehinggalah produk tersebut dapat dijual, semuanya dilakukan di hadapan komputer.
Jadi, anda pilih yang mana? Online ataupun Offline? Perniagaan online dan offline ada kelebihan dan kekurangannya. Kali ni perniagaan online menang. Takpe, nanti saya sambung dengan kelebihan perniagaan offline pula ya.





