Rahsia Kejayaan Perniagaan Internet?
Apakah rahsia kejayaan dalam perniagaan internet? Bagaimanakah caranya untuk berjaya dalam bidang ini? Sama ada anda perasaan atau tidak, perkataan rahsia telah banyak digunakan dalam produk-produk IM tempatan mahupun luar negara. Adakah rahsia itu sememangnya rahsia? Ataupun rahsia itu sebenarnya terdapat di internet cuma kita sedar atau tak akan rahsia-rahsia ni. Ok, kita lupakan pasal tuh sekejap.
Sejak kebelakangan ini juga, banyak buku-buku panduan perniagaan, panduan promosi, seminar mahupun bengkel di pasaran tempatan. Saya sangat galakkan anda memilikinya dan jika berkesempatan dan berkemampuan, pergi hadiri seminar ataupun bengkel yang di adakan. Bagaimanapun perlu ingat, janganlah mudah terpengaruh dengan janji-janji
manis penulis ebook ataupun penganjur seminar. Pastikan mereka betul-betul berpengaruh, berkaliber dan berkelayakan. Perkara ini tidak susah untuk dikenal pasti jika anda terlibat sama di forum-forum IM tempatan contohnya di WangCyber, JomBincang dan DuitMania.
Apa yang pasti, kunci utama rahsia kejayaan perniagaan internet adalah pemilihan jenis perniagaan yang tepat, fokus dan kerja keras. Percaya dan yakin pada diri sendiri antara faktor kejayaan.Berfikiran positif dan jangan tangguh buat kerja, yang penting bertindak! Lakukan secara berperingkat walaupun perlahan.
Jangan mudah terikut-ikut dengan kejayaan orang lain. Sebagai contoh, Si A keluar dengan ebook tentang bagaimana dia berjaya dengan Clickbank, dalam masa yang sama Si B yang sangat disegani dalam eBay keluar dengan ebook tentang bagaimana nak berjaya dalam perniagaan eBay. Promosi yang dilakukan berjaya membuat anda ingin mengetahui apakah rahsia disebaliknya. Walaupun ketika itu anda tidak berminat dengan jenis perniagaan seperti Clickbank dan eBay dan anda lebih kepada peniagaan perkhidmatan seperti design blog atau mengarang artikel. Akibatnya, nah terbang melayang lagi duit anda kerana terpengaruh dengan sales letter yang membunuh.
Nasihat saya, pilih betul-betul jenis perniagaan yang anda ingin ceburi. Jika anda minat design blog, fokus pada medium perniagaan itu. Apabila sudah stabil, kembangkan ke medium yang lain. Pekakkan telinga, tapi janganlah butakan mata dengan kejayaan dan peluang yang lain.
p/s Bagaimana nak pilih jenis perniagaan yang sesuai?






sangat menarik, terima kasih