Fiverz.Com

Tetapkan Matlamat Besar

Tetapkan Matlamat BesarMATLAMAT merupakan asas dalam menjana kejayaan. Ia merupakan tunjang pendorong agar kita tidak mengenal erti putus asa, kecewa dan malas berusaha. Kejayaan dan kesenangan hidup hanya dapat dicapai melalui keberanian dan usaha gigih dari anda. Jika anda mempunyai tabiat yang tidak berapa elok, anda haruslah tinggalkan. Break the habit, break the pattern!

Nasihat dan saranan ini amat berguna kerana ia boleh membantu anda mencapai matlamat yang telah anda tetapkan. Sebelum mencapai kejayaan, anda pasti akan menghadapi pelbagai dugaan yang amat mencabar.Jika anda merasakan anda telah gagal dalam melakukan sesuatu jangan sesekali cepat melabelkan diri sendiri sebagai seorang yang ‘GAGAL’. Anda bukan gagal tetapi belum berjaya.

Untuk mencapai matlamat, kita harus mempunyai semangat berani yang begitu tinggi supaya tidak mengenal erti putus asa dan menjadi

asas pemacu utama kejayaan. Fikirkan Boleh. Tidak ada yang mustahil sebelum mencuba. Kalau orang lain boleh melakukan, kenapa kita tidak? Kenapa kita perlu mengalah sebelum mencuba?

Kita juga perlu sentiasa meransang diri dengan kata-kata positif yang boleh mencetuskan semangat untuk terus mencapai matlamat kita. Lebih kerap kita ransang diri dengan kata-kata positif, lebih cepat sikap kita berubah jadi yang lebih positif! Semangat tinggi yang sukar dipadamkan serta keberanian, usaha gigih dan keyakinan yang begitu tinggi akhirnya membawa kejayaan besar kepada kita.

p/s Tetapkan Matlamat Besar Dan Capainya Dengan Penuh Keberanian!

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google

2 Responses to “Tetapkan Matlamat Besar”

  1. aminjohar says:

    Matlamat besar, perlulah ada usaha yang besar juga, masa yang banyak untuk diperuntukkan pada matlamat tersebut dan mungkin perlulah menanggung riskio kos yang besar juga.

    Adalah lebih baik mempunyai matlamat yang rasional yang dirasakan pada diri boleh mencapai matlamat tersebut secara berperingkat-peringkat.

    Level 1 – Achieve 1 Juta Rank Alexa – Success.
    Level 2 – Achieve 600 K Rank Alexa – Success.
    Level 3 – Achieve 100 K Rank Alexa – Progress.
    Level 4 – Achieve 50 K Rank Alexa – Not done.
    Level 5 – Achieve 10 K Rank Alexa – Not done.

    Ini adalah matlamat cara saya dan saya sudah mencapai sedikit sebanyak hasilnya. Ya, duit percuma, Walaupun tak terfikir pun mahukan wang besar! :D
    aminjohar´s last blog ..Lets Skype! :-) My ComLuv Profile

  2. Noraizham says:

    Sangat-sangat setuju! Selepas meletakkan matlamat besar kemudian barulah kita pecah-pecahkan kepada matlamat-matlamat yang kecil. Setiap pencapaian matlamat yang kecil itu akan menjadi pendorong dan penggerak kita ke arah matlamat besar. Good post!
    Noraizham´s last blog ..4 ALASAN YANG PALING TERUK UNTUK TIDAK MENETAPKAN MATLAMATMy ComLuv Profile

Leave a Reply




CommentLuv Enabled