Fiverz Network

Free Kupon Google Adwords RM150

Salam sejahtera semua..

Saya mahu berkongsi sedikit kegembiraan kepada anda semua. Pada akhir bulan 4, saya telah menerima kupon Google Adwords sebanyak RM150. Mungkin perkara ini sudah biasa bagi mereka yang telah menggunakan Google Adwords.

Tetapi yang membuatkan saya merasa lebih gembira bercampur terkejut kerana kupon Google Adwords ini dihantar terus ke rumah saya. Terasa macam VIP pula. hehe. Kali pertama dapat kupon ini. Kebiasaannya, Google akan email jika mendapat kupon ini bukan?

Saya tidak pernah mencuba lagi dengan Google Adwords tetapi setahu saya Google Adwords lebih kurang sama dengan YSM kan? Saya pernah mencuba YSM untuk Adsense. hehe.

Google Adwords merupakan salah satu PPC selain YSM. Ia selalunya digunakan untuk mendapatkan trafik ke website kita. Kepada mereka yang mahu menjana wang Internet melalui Affiliate, amat digalakkan untuk mengunakan Google Adwords. Selain itu, kita boleh juga mempromosi website kita.

Thanks Pak Google diatas pemberian kupon ini ~

Leave a Reply