Tahun Baru Bagi FIVERZ
Assalammualaikum Semua..
Setelah sekian lama tidak update blog FIVERZ ini. Semuanya gara-gara blog FIVERZ di hack oleh seseorang. Kesemua data dan post sebelum ini, hilang macam tuh saja.
15 May yang lepas, genap usia FIVERZ seTahun. Apa yang telah FIVERZ kecapi? Adakah target FIVERZ untuk tahun sebelumnya telah dicapai? Pelbagai halangan, dugaan yang telah kami lalui sehingga kami hampir putus asa pada satu ketika. Namun, semangat kami amat kuat untuk menjadikan Intenet sebagai punca pendapatan dan puncak kejayaan bagi kami.
Seperti sebelum ini, Adsense tetap menjadi punca utama menjana wang Internet bagi kami. Walaupun pernah di ban oleh pak Google, namun kami tidak akan berputus asa. Pengalaman seperti itu sudah pasti tidak akan lari dari mereka yang menjana wang Adsense. Ia dapat memberikan kita pengalaman yang sangat berguna supaya lebih berhati-hati selepas ini.
Di samping itu, kami juga sedang mengusahakan sebuah Video Blog sejak January 2010. Ia antara method lain untuk kami menjana wang Internet. Dengan berpandukan segala ilmu yang telah kami pelajari, kami berharap dapat menghasilkan sebuah Video Blog yang mampu menjana wang Internet bagi kami.
Pada tahun ke-2 ini, kami baru sahaja mencuba satu cabang lain menjana wang Internet iaitu melalui jual beli website. Hampir sebulan mempelajari selok belok bidang ini, kami sudah memperolehi Sale untuk website yang pertama sebanyak $47. Walaupun nampak sedikit, kami akan teruskan momentum untuk mendapatkan Sale yang lebih tinggi.
Moga-moga apa yang dirancang pada tahun ini berjalan dengan lancar. Yang pasti, kami akan pastikan FIVERZ lebih mantap dan lebih banyak menjana wang dari Internet daripada tahun sebelumnya.