Download Video Youtube Dengan Cepat
Selamat kembali semua..
Dalam post kali ini, saya akan berkongsi sedikit tips kepada anda, bagaimana cara untuk download video Youtube dalam masa 2-3saat sahaja.! Teruja tak? hehe. Anda tidak perlu install apa-apa software pun.
Saya amat terkejut bila tahu teknik ini. Tidak perlu susah-susah nak install downloader Youtube. Senang, Cepat dan BEST giler. Anda harus mencuba dan sangat dialu-alukan kepada mereka yang mahu menarik trafik dari Youtube.
Sebelum mula, teknik ini hanya berhasil jika anda menggunakan browser Firefox sahaja. OK, sekarang anda buka mana-mana video di Youtube. Selepas itu, pastikan video yang anda buka tadi habis buffering. Play dan Pause. Setelah habis buffering, anda buka tab baru dan taip “about:cache”
Selepas itu, akan keluar image seperti di bawah. Anda akan nampak Memory Cache Device dan Disk Cache Device. Anda pilih Disk Cache Device dan copy url yang diberi.
Kemudian anda paste url tadi di mana-mana folder anda. Akan keluar image seperti dibawah. Anda pilih size yang lebih besar dan copy file tersebut di mana-mana folder anda.
Setelah anda paste file tersebut, anda diharuskan meletak .FLV pada file tadi. Secara automatik, file tadi akan bertukar menjadi format video. Sila lihat gambar dibawah. Anda nampakkan file yang saya copy tadi bertukar menjadi video.
Syarat-syarat yang perlu anda patuhi.
1 . Anda hanya boleh buka 1 video Youtube dalam satu masa. Jika anda buka 2 video atau lebih, anda tidak akan dapat download video tersebut.
2 . Pastikan anda clearkan Cache dan Cookies jika mahu download video yang lain.
3 . Dan anda hanya boleh download video di Youtube yang tidak lebih dari 6minit. Jika lebih, anda tidak akan dapat download video tersebut.
Sekian, terima kasih..


