FIVERZ
Fiverz.Com milik Fiverz Network yang dibangunkan oleh dua orang anak muda, Hafiz Nasser dan Izahan Idris dalam mengejar cita-cita mereka dengan tujuan dan haluan yang sama.
Fiverz.Com merupakan blog mengenai menjana wang dari internet, affiliate dan perniagaan online mahupun offline. Tujuan utama blog ini dibangunkan adalah atas sebab ingin berkongsi pengalaman suka duka yang telah di lalui sepanjang perjalanan kami dalam perniagaan Internet.
Selain itu, kami juga akan berkongsi segala tips dan maklumat yang berguna kepada newbie yang mahu menceburi perniagaan Internet ini. Diharap, blog ini boleh di jadikan sumber dan tempat memberi idea kepada anda semua.