Fiverz.Com

Income dari Adsense..Alhamdullilah..

Saya nak kongsi berita gembira dengan kawan-kawan semua. Setelah “bermain-main” dengan Adsense 6-7 bulan, ini adalah kali ke-2 saya merasa DUIT ADSENSE. Minggu lepas, 1hb Feb cash out duit dari Western Union sebanyak $108 di CIMB Taman Melawati. Tak ada lah banyak mana pun tapi saya tetap bersyukur.

Macam-macam dugaan yang datang untuk dapatkan 2nd payment ni. Kalau anda ada usaha +planning+action, CONFIRM anda pun boleh dapat duit dari Adsense. Sila lah tengok gambar bawah ni sebagai bukti. bukan untuk menunjuk-nunjuk ok.

Sebelum ni, income pertama dari Adsense pada bulan Nov, 2009.  Dapat sebanyak $101 tapi tak sempat nak share dengan anda semua sebab sibuk fokus dengan Adsense. Excited nak dapat lebih banyak lagi lepas dapat 1st payment.

Untuk tahun baru 2010 ni, saya ada letak target untuk Adsense. Target saya adalah untuk cash out duit Adsense tiap bulan. Jeles tengok kawan-kawan lain, baru 1-2 bulan dalam Adsense dah dapat cash out duit. Ini tidak boleh jadi. !  Sekarang ni saya ada 2 akaun Adsense untuk di uruskan. Agak sibuk juga lah.

Pemilihan niche amat penting sekali untuk menjana income Adsense. Method yang saya gunakan untuk menarik trafik ke blog adalah Article Directory, Blog Comment, Social Bookmark, Ping Blog, Press Release dan lain-lain. Semua ni adalah basic method sebenarnya dan penting untuk SEO keyword anda. Kalau method yang berbayar, saya gunakan YSM. YSM adalah salah satu cara untuk dapat income Adsense dengan cepat. Tapi kalau salah cara nya, akaun Adsense anda boleh kene ban. Jadi, berhai-hati kepada pengguna YSM.

Marilah kita bersama-sama mengejar duit Adsense. Benda memang sudah terbukti boleh dapat. Betol tak? Betol lah tu.Sama ada kita nak atau tidak je. Lagipun tak banyak keluar kan modal. Memang sesuai untuk newbie yang tengah mencari peluang buat duit dari Internet. JOM.! Kite keringkan duit poket Pak G..1 MALAYSIA..

Buat Duit Dengan Clickbank

Lately saya perhatikan ramai yang terjebak dalam affiliate marketing amnya dan Clickbank khususnya. Untuk pengetahuan anda, Clickbank merupakan affiliate program network yang terbesar di dunia. Terdapat banyak program affiliate di internet, dan Clickbank menjadi orang tengah di antara ejen affiliate dan program affiliate. Clickbank juga bertindak sebagai badan yang bertanggungjawab dalam menguruskan program affiliate tersebut seperti menyediakan statistik penjualan dan payment processor.

Terdapat 2 cara untuk menjana wang dengan Clickbank. Pertama menjadi ejen affiliate dan kedua, menjadi vendor atau pengeluar produk. Sesetengah pendapat mengatakan lebih mudah menjadi affiliate berbanding vendor. Tetapi bagi saya, dua-dua perlu. Tak kiralah anda bermula sebagai affiliate ataupun vendor dahulu. Jangan pulak sampai hilang focus.

Di bawah ni saya kongsikan beberapa langkah mudah bagaimana nak buat duit dengan Clickbank sebagai affiliate.


Read more…

Rahsia Kejayaan Perniagaan Internet?

Apakah rahsia kejayaan dalam perniagaan internet? Bagaimanakah caranya untuk berjaya dalam bidang ini? Sama ada anda perasaan atau tidak, perkataan rahsia telah banyak digunakan dalam produk-produk IM tempatan mahupun luar negara. Adakah rahsia itu sememangnya rahsia? Ataupun rahsia itu sebenarnya terdapat di internet cuma kita sedar atau tak akan rahsia-rahsia ni. Ok, kita lupakan pasal tuh sekejap.

Sejak kebelakangan ini juga, banyak buku-buku panduan perniagaan, panduan promosi, seminar mahupun bengkel di pasaran tempatan. Saya sangat galakkan anda memilikinya dan jika berkesempatan dan berkemampuan, pergi hadiri seminar ataupun bengkel yang di adakan. Bagaimanapun perlu ingat, janganlah mudah terpengaruh dengan janji-janji

Read more…

Perniagaan Online vs Perniagaan Offline

Sejak kebelakangan ni saya perhatikan ramai yang mula menceburui perniagaan online. Termasuklah saya. Kira newbie la ni. Hehe. Kenapa perniagaan online? Mengapa pula tidak perniagaan offline? Sebenarnya kedua-dua medium perniagaan tersebut ada pro dan contra-nya. Sebagai contoh, perniagaan online kebanyakkannya mempunyai ciri-ciri berikut :

1. Modal permulaan yang rendah

modal permulaan biasaannya dilaburkan pada domain name, hosting dan produk.

2. Maintanance yang rendah

tidak perlu bayar sewa bulanan kedai yang belum tentu kita dapat buat sales utk bulan tersebut.

3. Mudah untuk mendapat pendapat pasif

pendapat pasif atau residual income mudah untuk diperolehi dari perniagaan online. Jika kena cara marketing-nya, produk anda akan terjual setiap masa walaupun anda sedang tidur.


Read more…