Saya nak kongsi berita gembira dengan kawan-kawan semua. Setelah “bermain-main” dengan Adsense 6-7 bulan, ini adalah kali ke-2 saya merasa DUIT ADSENSE. Minggu lepas, 1hb Feb cash out duit dari Western Union sebanyak $108 di CIMB Taman Melawati. Tak ada lah banyak mana pun tapi saya tetap bersyukur.
Macam-macam dugaan yang datang untuk dapatkan 2nd payment ni. Kalau anda ada usaha +planning+action, CONFIRM anda pun boleh dapat duit dari Adsense. Sila lah tengok gambar bawah ni sebagai bukti. bukan untuk menunjuk-nunjuk ok.
Sebelum ni, income pertama dari Adsense pada bulan Nov, 2009. Dapat sebanyak $101 tapi tak sempat nak share dengan anda semua sebab sibuk fokus dengan Adsense. Excited nak dapat lebih banyak lagi lepas dapat 1st payment.
Untuk tahun baru 2010 ni, saya ada letak target untuk Adsense. Target saya adalah untuk cash out duit Adsense tiap bulan. Jeles tengok kawan-kawan lain, baru 1-2 bulan dalam Adsense dah dapat cash out duit. Ini tidak boleh jadi. ! Sekarang ni saya ada 2 akaun Adsense untuk di uruskan. Agak sibuk juga lah.
Pemilihan niche amat penting sekali untuk menjana income Adsense. Method yang saya gunakan untuk menarik trafik ke blog adalah Article Directory, Blog Comment, Social Bookmark, Ping Blog, Press Release dan lain-lain. Semua ni adalah basic method sebenarnya dan penting untuk SEO keyword anda. Kalau method yang berbayar, saya gunakan YSM. YSM adalah salah satu cara untuk dapat income Adsense dengan cepat. Tapi kalau salah cara nya, akaun Adsense anda boleh kene ban. Jadi, berhai-hati kepada pengguna YSM.
Marilah kita bersama-sama mengejar duit Adsense. Benda memang sudah terbukti boleh dapat. Betol tak? Betol lah tu.Sama ada kita nak atau tidak je. Lagipun tak banyak keluar kan modal. Memang sesuai untuk newbie yang tengah mencari peluang buat duit dari Internet. JOM.! Kite keringkan duit poket Pak G..1 MALAYSIA..

MATLAMAT merupakan asas dalam menjana kejayaan. Ia merupakan tunjang pendorong agar kita tidak mengenal erti putus asa, kecewa dan malas berusaha. Kejayaan dan kesenangan hidup hanya dapat dicapai melalui keberanian dan usaha gigih dari anda. Jika anda mempunyai tabiat yang tidak berapa elok, anda haruslah tinggalkan. Break the habit, break the pattern!