Fiverz Network

Tentang Kami

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Nama saya ialah Mohd Izahan Bin Idris. Anda boleh panggil saya Izahan. Saya berasal dari Kuala Lumpur, menetap di Bandar Sri Damansara  dan bekerja di Petaling Jaya.

Saya mula mempunyai minat dalam perniagaan Internet sejak May 2009. Pembelajaran pertama saya mengenai perniagaan Internet adalah Adsense. Dan alhamdullilah, saya sudah merasa wang dari Adsense selepas beberapa bulan. Sejak itu, minat saya terhadap perniagaan Internet semakin mendalam kerana saya percaya Internet boleh menjadikan kita usahawan yang berjaya.

Kemahiran saya adalah menjana wang Adsense melalui Adsense For Content dan juga Adsense For Domain. Saya akan pastikan terus menjana wang Adsense sebagai duit tambahan kepada FIVERZ untuk melakukan projek seterusnya.

Selain itu, saya juga sedang mempelajari teknik-teknik pemasaran Affiliate untuk menjadi top Affiliate di luar dan di dalam pasaran tempatan. Dan beberapa perancangan telah  diatur untuk memeriahkan perniagaan internet di Malaysia.